Bagaimana teh membentuk kewujudan Hong Kong

Kredit gambar: Lonely Planet

Bagaimana teh membentuk kewujudan Hong Kong?

Satu petang ketika saya menikmati segelas teh o ais pada cuaca yang panas, saya sedang menonton sebuah drama Kantonis Hong Kong yang tersiar di televisyen.

Saya sememangnya menggemari filem-filem dan drama-drama Kantonis, yang kebanyakannya berasal dari Hong Kong.

Hong Kong merupakan sebuah bandaraya yang utama di Asia, dan pernah menjadi koloni Britain selama 156 tahun, sebelum diserahkan kepada China pada tahun 1997.

Tetapi bagaimana sebuah bandaraya yang hebat ini dibina oleh British di atas tanah penuh berbatu ini?

Jawapannya ada pada gelas yang saya sedang minum ini, teh.

Pada 1820an, ekonomi China adalah yang terbesar di dunia. Mereka mengeksport beras, tembikar, serbuk belerang dan banyak lagi bahan-bahan yang menjadi barang dagangan dunia. British, yang mula menjadi kuasa maritim selepas menewaskan tentera Napoleon Perancis pada Perang Waterloo pada 1815, mencari tapak di Asia untuk tujuan perdagangan.

Dan ramai rakyat Britain yang gilakan teh, dan kerana itu mereka mengimport teh dari China, memandangkan hanya China sahaja yang mampu mengeluarkan teh secara besar-besaran pada ketika itu.

Memandangkan Dinasti Qing yang memerintah pada ketika itu hanya mahukan syiling perak sebagai pertukaran dengan teh, simpanan perak di London semakin kurang dan mencetuskan krisis ekonomi di England.

Pada akhirnya, British mengedar candu pada penduduk tempatan untuk mendapatkan perak, untuk membeli teh untuk dibeli dengan China.

Dengan menjual candu, kerosakan moral masyarakat di China berleluasa dan menimbulkan kemarahan Peking. Maharaja mengarahkan tentera menyerang kapal British dan tercetuslah Perang Candu Pertama yang mengakibatkan pulau Hong Kong diserahkan kepada British, sementara Perang Candu Kedua pula, menyerahkan Kowloon dan Stonecutter Island kepada British.

Penyerahan ini bukanlah selamanya, tetapi bersifat pajakan selama 99 tahun, tetapi bagi British, ia seperti selama-lamanya.

Kerana kegilaan warga Britain terhadap teh, sebuah bandaraya dan pelabuhan antara yang terpenting di Asia – Hong Kong diasaskan.

Sehinggalah pada tahun 1980an apabila Presiden China, Deng Xiaopeng berbincang dengan Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher untuk mendapatkan kembali pulau Hong Kong.

Hari ini, Hong Kong merupakan sebahagian daripada China, tetapi bandarnya jauh lebih bersih daripada bandar-bandar China yang lain.

Warga Hong Kong jelas sekali enggan disamakan dengan warga China dari seberang. Pada mereka, datuk dan nenek mereka lari dari China ke Hong Kong kerana mahu mengelakkan diri dari pemerintahan komunis China.

Pada hari ini, kerajaan China melalui dasar One Belt One Road dari Presiden Xi Jinping, mahu melenyapkan legasi British dalam pulau Hong Kong.

Walaupun demikian, penduduk Hong Kong terus melawan, mempertahankan hak dan kebebasan bersuara mereka, yang telah diamalkan dari zaman British, dan enggan untuk akur dengan pemerintahan diktator komunis China yang bersifat kuku besi.

Pemimpin pemberontak seperti Joshua Wong, Agnes Chow dan Charles Mok, yang mengetuai demonstrasi Revolusi Payung pada tahun 2014, terus memberontak dan melawan, demi kebebasan pulau Hong Kong daripada cengkaman komunis di Beijing.

Buku Malaikat Di Barat, Syaitan Di Timur karta Haeme Hashim, terbitan Write and Brave boleh dibeli di [https://writeandbrave.com/product/malaikat-di-barat-syaitan-di-timur/]

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply