Page 11

SEBAGAI PENGANUT BUDAYA KREATIF, INI 10 SEBAB KENAPA ANDA HARUS HADIR KE ACARA ROOTS FEST PULAU PINANG 2018

Roots Fest kali ini akan meraihkan tahun ketiga penglibatan mereka dalam menaikkan industri kreatif negara. Ruang perniagaan industri kreatif negara kita amat terhad, adanya hanya tertumpu di bahagian Lembah Klang. Roots Fest pula menumpukan acara mereka di Utara. Sejak tahun pertama tertubuhnya acara Roots Fest ini di Butterworth Pulang Pinang, Roots Fest melebarkan lagi sayap mereka ke Alor Setar. Kini, kembalinya ke Pulau Pinang tetapi dilokasi yang lebih strategik, lokasi yang menjadi igauan setiap pengajur di negara kita, iaitu di Padang Kota Lama Pulau Pinang. Kami berikan anda 10 sebab mengapa kali ini Roots Fest Pulau Pinang akan menjadi yang terbaik, dari penglibatan band dan ahli muzik yang bakal mengegar negara, ikon sukan Xtreme hingga ke produk kreatif yang memberi kelainan dan kepuasan khususnya golong millennials negara.

1. BAND-BAND INDIE YANG MENGANCAM!

Kumpulan Shizuka Ben Aman, band dari Ipoh. Selalunya kalau kita mendengar band dari Ipoh pastinya band itu hebat dan bagus. Oleh kerana itu Ipoh digelar Seattle untuk Malaysia. Kenapa Seattle? Kau pergi dengar lagu Selena Gomez baliklah dik. 

The Island, rock reggae. Ini bukan reggae menari sambil stone, ini reggae yang keras. kumpulan Sleepside dan banyak lagi persembahan akan berlangsung di Roots Fest ini!

2. ACARA X-GAMES

Bagi mereka yang berminat dengan sukan X-Games, acara seperti skateboard, BMX dan lain-lain juga ada sempena Roots Fest ini.

Snowboarding sahaja yang tak ada awak, iklim negara kita ini iklim Khatulistiwa. X-Games ini dibawakan oleh Penang Extreme Games Association (PEGA). Gathering dan competition yang dibuka oleh untuk semua peminat sukan X tanahair. Layari facebook https://m.facebook.com/PenangExtremeGamesAssociation/  untuk mengetahui ikon X-Games negara yang akan hadir ke Roots Fest ini nanti.

3. BUKU INDIE DAN ALTERNATIF 

 Tahukah anda, Pemuzik dan Pengarah Filem Hebat semuanya Adalah Pembaca Buku Tegar. Ya terdapat 1,000 judul buku-buku yang akan dipamerkan dalam Roots Fest kali ini. Jika anda peminat buku, datanglah ke Padang Kota Lama pada 25-26 Ogos dari 10 pagi hingga 12 tengah malam ini, di booth Pop Literature! Penerbit-penerbit hebat yang akan turut serta dalam mempamerkan buku mereka adalah seperti Write & Brave, penerbit buku radikal yang memperjuangkan hal isu semasa dan pendapat rakyat khususnya golongan muda. Terfaktab Media, Buku Fixi, Lejen Press dan Roman Buku, penerbit buku novel urban. Diantara penerbit yang terawal dalam menerbitkan penulisan sastera alternatif. Puteh Press dan Rabak-Lit, penerbit genre Pop, The Patriots, buku sejarah dan banyak lagi menanti anda! Selain itu, Pop! Literature menawarkan 50 buku percuma untuk 50 orang pembeli terawal. *dengan setiap pembelian melebihi RM50 ke atas dalam satu resit. Penulis-penulis hebat juga akan hadir ke acara ini seperti penulis Khairul Jamain, Mohd Jayzuan, Asyikin M dan Nami Cob Nobbler menanti anda!  4. BAJU BUNDLE PRELOVED DAN VINTAGE DARI JEPUN

Koleksi pakaian bundle berjenama dari Jepun pun ada dijual sempena Roots Fest kali ini. Bawak wang lebih, takut balik menyesal. Mana taknya menyesal kalau kasut Onitsuka dapat dibeli dengan harga RM50.00, Vans made in Japan RM60.00. 

5. HISPTER FOODTRUCK AND LOCAL FOOD

Pulau Pinang ni tak sah kalau tak sembang pasal makan. Pelbagai gerai dan food truck makanan yang enak-enak belaka di Padang Kota Lama ini. Sambil makan, bolehlah share video tengah makan tu di Tik-Tok ya. 

6. LOCAL CLOTHING

Design dari designer anak tempatan yang fresh lagi hip. Dapatkan barangan seperti lanyard, baju, button badge dan tote bag yang cantik-cantik dari pelbagai local brand. Brand yang terlibat dalam acara ini adalah seperti Krikers, Wulpak, Almari Clothing, Krack dan banyaklah lagi. 

7. B-BOY BATTLE.  Tak akan mati B-BOY di dunia. Ada lagi tahu budaya battle B-Boy ini tuan-tuan dan puan-puan. Dari zaman mak ayah kita pun dah wujud zaman battle B-Boy ini. Senaman badan paling seronok dalam dunia. Sempena Roots Fest, GTOWN GUERILLAZ akan bawakan anda 1 vs 1 battle B-Boy. Pendaftaran RM10.00 sahaja, jadi gunakanlah badan anda itu ke jalan yang benar. Untung-untung B-Boy Bubble dan B-Boy Koreyu akan mengiktirafkan anda sebagai pemenang dan memenangi hadiah lumayan. Muzik dari DJ BURN. 8. INTERNATIONAL POP BRAND ​​Yang terakhir sekali dari list kami, brand popular turut serta dalam acara ini, brand THRASHER  dan CHAMPION. Seperti tidak perlu lagi kami terangkan dua brand hebat ini. Tapi yang pastinya kami tertanya pada diri sendiri, apa dua brand hebat ini turut serta dalam acara Roots Fest ini, pastinya kerana acara ini bakal menghimpunkan para-para pencinta barangan kreatif dan anak muda yang lapar dahagakan fresh item dan new design.  

Yang lagi dua, teka-teki. Anda perlu jawab berserta gambar untuk menangi hadiah misteri daripada kami.