Perjalanan Seorang CEO

Perjalanan Seorang CEO

Jake Abdullah

01 October 2026 | Imprint: Write & Brave

Synopsis

"Perjalanan Seorang CEO ialah koleksi mutiara kata hikmah daripada pengalaman hidupnya sendiri — prinsip yang dipegang untuk terus berjuang hari demi hari dan kembali bangkit ke puncak. Salah satu sebab kenapa saya memilih untuk bekerjasama dengan Hot FM selepas kekalahan saya pada pilihan raya umum lalu adalah kerana peluang untuk berkolaborasi dengan Jake."

—— Khairy bin Jamaluddin (KJ)

Bayangkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang membasuh pinggan di gerai makan dan  menjaga kereta di kawasan sarkas semata-mata untuk mencari duit poket. Ketika rakan seusianya sibuk menikmati zaman kanak-kanak, dia sudah belajar mengenal nilai wang dan erti bekerja dengan kudrat sendiri. Empat dekad kemudian, budak lelaki itu menerajui syarikat penyiaran radio terbesar di Malaysia. 

Namun, perjalanan Jake Abdullah bukanlah kisah kejayaan yang lurus dan mudah. Setiap persimpangan hidup memaksanya membuat pilihan, termasuk meninggalkan jalan yang selamat untuk mengejar sesuatu yang benar-benar diyakininya.

Segala jatuh bangun Jake terkandung dalam 27 bab buku ini. Jake menghimpunkan pengalaman hidupnya untuk berbicara tentang disiplin yang mengatasi motivasi, kesihatan, kegagalan, pilihan dan keberanian untuk bermula semula.

216 pages ISBN 9786297894126

Details

Publication Date: 01 October 2026
Pages: 216
ISBN: 9786297894126
Imprint: Write & Brave

About the author

Datuk Jake Abdullah merupakan seorang veteran dalam dunia media dan hiburan Malaysia dengan kerjaya yang menjangkau lebih tiga dekad! Beliau merupakan salah seorang perintis Astro di mana beliau memulakan kerjayanya sebagai pengarah muzik dan juruhebah di Hitz FM pada tahun 1996. Beliau mendaki tangga korporat sehingga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada tahun 2013. Beliau juga dikenali sebagai seorang DJ dengan nama samaran Jakeman dan masih beraksi sekali-sekala selain mengendalikan rancangan mingguan di Fly.FM.

Di antara tahun 2012 hingga 2013, beliau telah dipinjamkan untuk memulakan IM4U sebagai CEO; ketika itu beliau melapor terus kepada perdana menteri. Beliau telah berjaya melancarkan dan melaksanakan beberapa inisiatif besar untuk IM4U.
Beliau juga telah mengecapi kejayaan di peringkat serantau dengan pelancaran beberapa stesen radio yang memenangi anugerah di Indonesia (Gen FM, JAK FM), India (Aamar FM, Power FM, Red FM) dan merupakan Ahli Lembaga Pengarah untuk ADREP (operasi radio Astro di China). Selain peranannya sebagai CEO Astro Radio, beliau juga menerajui Rocketfuel Entertainment sebagai CEO, yang memfokuskan kepada pengaruh media sosial, kandungan berjenama, muzik dan sebagainya.

Pada Ogos 2019, beliau meninggalkan Astro Radio untuk menyertai Fave Malaysia sebagai Pengarah Urusan. Semasa pandemik COVID-19 bermula, beliau memutuskan untuk menyertai Pyjama Media sebagai CEO. Namun kesan pandemik yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah memberi impak yang besar kepada syarikat pemula, serta industri media tradisional; lantas beliau memutuskan untuk berhenti pada Januari 2020 dan mengejar minatnya (termasuk kecergasan) serta memulakan podcast politik (OJ CHITCHATS). Seterusnya, beliau menyertai Media Prima Audio sebagai Penasihat Strategi bermula 1 Jun 2021 dan masih memegang jawatan tersebut sehingga kini.

Datuk Jake memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Liverpool dan telah mengikuti Program Pengurus Kanan Harvard. Kini beliau sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia. Selain itu, beliau ialah jurulatih bertauliah dengan HRDF dan juga jurulatih eksekutif untuk peringkat atasan dan pemimpin muda. Jake juga berkhidmat sebagai Profesor Adjung  Universiti Antarabangsa UNITAR dan Kolej Taylor di Kuala Lumpur; serta menganggotai Lembaga Penasihat Industri bagi Universiti UCSI.

Impian beliau suatu hari nanti adalah untuk berkhidmat dalam Kelab Bola Sepak Liverpool sebagai petugas stadium; maksudnya, mengapa tidak?