Melupakan Allah Ketika Sedang Berdakwah

Melupakan Allah ketika sedang berdakwah.

Amir merupakan seorang Ustaz yang baru pulang dari Timur Tengah, menghabiskan pelajaran agama di sana. Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan agama dalam kehidupan seharian, Amir pulang dengan harapan untuk menjadi Ustaz atau Hafiz yang menyampaikan syiar Islam kepada masyarakat.

Malangnya, dia mempunyai satu tabiat yang sukar untuk dinasihati – iaitu suka merasakan ilmu agamanya lebih tinggi dari orang lain.

Dalam era media sosial ini, Amir sering menghentam golongan ini dan golongan itu berdasarkan apa yang dipelajarinya. Dia merasakan dirinya lebih pandai dan mengenepikan pandangan orang lain. Pada akhirnya, timbul sifat ujub dalam hatinya dan menyebabkan segala ilmu yang diajarinya, membuatkan orang lain untuk menjadi marah.

Kaedah dakwah keras dan buatkan orang sentap menjadi caranya untuk berdakwah di media sosial. Di Facebook, dia memerli orang yang tidak memakai tudung, dan di Twitter, dia sering melabelkan orang yang menentang pandangannya sebagai liberal, Syiah, sesat, Wahabbi dan pelbagai lagi label yang lain.

Apakah itu ujub?

Ujub dalam Islam diertikan sebagai perilaku atau sifat mengagumi diri sendiri dan sentiasa membanggakan dirinya sendiri. Sifat ujub adalah salah satu sifat tercela yang harus dihindari oleh umat Muslim kerana sifat ini mampu membuat seseorang menjadi sombong mahupun riak. Sifat ujub juga dijelaskan oleh beberapa ulama diantaranya pendapat dari Ibnu Mubarak dan Imam Al Ghazali berikut ini:

  • Ibnu Mubarak berkata, perasaan ‘ujub adalah ketika seseorang merasa bahawa dirinya mempunyai suatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain.
  • Imam Al Ghazali menyebutkan bahwa perasaan ‘ujub adalah kecintaan seseorang akan suatu kurnia yang ada pada dirinya dan merasa memilikinya sendiri serta tidak menyedari bahawa kurnia tersebut adalah pemberian Allah SWT. Orang yang memiliki sifat ujub tidak akan mengembalikan keutamaan yang dimiliki tersebut kepada Allah SWT” (baca fungsi agama dalam kehidupan dan fungsi iman kepada Allah SWT )

Dari uraian dan pendapat ulama diatas maka dapat diketahui bahwa ujub adalah suatu perilaku tercela meskipun hanya ada di batin sahaja. Misalnya seseorang yang merasa bangga akan kepintarannya dan memandang rendah orang lain. Hal ini tentu tidak dibenarkan dalam Islam kerana segala yang dimiliki oleh manusia adalah kurnia Allah SWT dan kita tidak bangga akan kurnia tersebut.

Sifat ujub yang termasuk dalam sifat tercela yang mendatangkan mudarat dan keburukan bagi yang memilikinya. Tidak hanya di dunia, sifat ujub ini juga mendatangkan dosa kerana Allah SWT tidak menyukai sifat ini (baca juga dosa yang tak terampuni oleh Allah SWT). Sebagaimana firman Allah SWT dalam surat Luqman ayat 18 berikut ini:

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (Qs Luqman :18)

Dalam buku Semusim Di Syurga karya Hamka Kereta Mayat, dia ada mengatakan dalam satu dialog di bukunya, bertulis: “Ini akhir zaman bang, ada ulamak pandang dunia, ada pemimpin berjiwa serigala, ada parti bukan Islam berfatwa seperti Islam, macam-macam boleh jadi.”

Kadang-kadang bila berdakwah di media sosial, orang pun melupakan adab dan perlu ‘berperang dan bertempur’ untuk mengumpul followers dan share di Facebook, dan terus melupakan Allah yang sebenarnya menentukan segalanya. Kalau Allah kata hidayah untuk orang itu belum tiba, siapa kita nak menentukan syurga dan nerakanya?

Kadang-kadang orang yang nampak macam budak punk atau budak metal ini yang sebenarnya hatinya baik dan sentiasa mengingati Tuhan, dan orang yang berjubah, berserban, mulut lidah basah bertasbih, tapi lupa dirinya juga makhluk yang sama taraf dengan orang lain.

Dalam buku ini banyak menceritakan pelbagai jenis orang sama ada ditemui di masjid, dan di jalanan. Bercakap tentang jalanan, buku Bertuhan Di Jalanan karya Khairul Jamain juga bercerita tentang pengalamannya selaku pengembara, mengembara di bumi Tuhan dan melihat sendiri kehidupan orang lain; dari pelacur yang terhimpit di tengah kota, orang asli di hutan yang diasak oleh kapitalis rakus atas nama pembangunan, dan sifat orang-orang bangsawan di Korea.

Tulisan: Brader Rock Hujung Kampung

Sila baca: Tekanan Ekonomi Kapitalis Dalam Filem One Two Jaga

Sila baca: Bertudung Tak Semestinya Baik



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *