Bertuhan Di Jalanan

Rated 5.00 out of 5 based on 1 customer rating
(1 customer review)

RM25.00

50 in stock

Description

Pengarang: Khairul Jamain
ISBN: 978-967-15972-1-7
Terbitan: Write & Brave
Genre: Bukan Fiksyen
Sinopsis:

Menceritakan pengembaraan Khairul Jamain melakukan kerja-kerja aktivis di luar negara, mengenal budaya negara luar dan menghayati keindahan dunia. Jatuh cinta itu asyik, melihat alam musnah itu sakit. Mengembara bukan untuk mengenal siapa diri kita, tetapi membentuk diri kita. Pengalaman di Sabah mengajarnya erti cinta, di Vietnam pula pelacur sedang mencipta cita-cita. Di Jepun beliau digelar sebagai pahlawan manakala di Korea hanya untuk para bangsawan.
Bertuhan Di Jalanan ini juga menceritakan sejarah-sejarah wujudnya ‘jawatan’ backpackers. Pengembaraan yang dilakukan oleh Khairul Jamain bukanlah mengembara seperti pelancong, beliau mengembara tanpa merancang, meredah gunung dan hutan, melawati dari satu kampung ke satu kampung untuk mengenal dan menghayati budaya.

1 review for Bertuhan Di Jalanan

  1. Rated 5 out of 5

    Norra Ahmad

    Jujurnya, ni antara beberapa travelog yg menarik pernah aku baca. Cerita tentang pengalaman sepanjang pengembaraan, kisah suka duka, warna kehidupan masyarakat setempat yg dikunjungi, bait2 puisi, perjuangan, sejarah, survival dan macam2 lagi. Apa yang aku nak baca dan tahu tentang pengembaraan, boleh kata semua ada dalam ni.

    Dah berpuluh buku travelog yg aku beli. Hanya beberapa sahaja yang aku boleh baca sampai habis. Kebanyakannya, baru beberapa muka surat, aku rasa nak campak. Bazir duit aku.

    penulisan yg cenggini 👍👍👍👍👍 terima kasih untuk buku ni

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *