Enam Angka Menjelang Disember

RM28.00 RM25.00

Enam Angka Menjelang Disember adalah sequel kepada buku terlaris Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima. Merupakan buku berbentuk motivasi kewangan dan kehidupan.

428 in stock

SKU: 978-967-15972-7-9. Categories: , ,

Product Description

Penulis: Azraei Muhamad

Genre: Motivasi Kewangan

240 halaman

ISBN: 978-967-15972-7-9

Mengenai buku:

Ulasan oleh YB Mohd Shahar AbdullahTimbalan, Menteri Kewangan II merangkap Ahli Parlimen Paya Besar.

“Buku-buku terkenal seperti Rich Dad, Poor Dad tulisan Robert Kiyosaki dan Jutawan Dari Planet Jupiter karya Azizi Ali adalah antara buku-buku kewangan yang bagus untuk permulaan. Lalu apabila Azraei Muhamad, anak muda kelahiran Pahang ini menghasilkan buku beliau Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima, saya mula tertarik dengan usaha ini. Perkongsian perjalanan kewangan beliau sejak dari sekolah membantu generasi sebaya beliau untuk turut sama mengamalkan budaya hidup berhemat untuk pengurusan kewangan yang lebih sihat.

Azraei Muhamad menekankan tentang kepentingan peranan kedua ibu bapanya yang telah menerapkan minat menyimpan duit sejak dari kecil sebagai satu faktor utama dalam pembentukan diri beliau. Cakna kewangan sejak usia 7-8 tahun menjadikan beliau seorang yang lebih celik wang apabila meningkat dewasa. Ini terbukti apabila beliau mampu menepis dugaan dan godaan ‘shiny things in a shiny world’ ketika usia remaja yang menjerumus masyarakat ke arah budaya berbelanja yang tidak sihat —boros dan tidak menyimpan wang untuk masa depan. Budaya hedonisme ini yang akhirnya menjadikan kita terperangkap dalam masalah kewangan yang membelenggu hidup.

Menyambung perjalanan kewangan beliau, Enam Angka Menjelang Disember pula saya kira amatlah bagus untuk anak muda yang mula melangkah fasa seterusnya dalam hidup bersedia dengan cabaran yang menanti. Alam pekerjaan dan realiti kehidupan yang lebih luas akan memerlukan lebih banyak komitmen wang. Kisah beliau yang hampir kecundang dengan kesilapan kewangan (financial mistakes) boleh menjadi satu pengajaran yang bagus untuk kita semua untuk dijadikan sebagai tauladan dan pedoman.”

Additional information

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Enam Angka Menjelang Disember”

Your email address will not be published. Required fields are marked *