Sale!

Misteri Mimpi Yana

RM30.00 RM10.00

2 in stock

Description

Penulis: Salleh Kausari

ISBN: 978-967-0774-42-8

Jenis: Novel Fiksyen

Genre: Misteri-Thriller

Prolog

Yana tersentak. Tubuhnya menggigil dengan rasa seram sejuk yang menembusi hingga ke tulang. Peluh dingin mengalir walaupun tubuhnya mengokol kesejukan pada malam yang agak hangat itu. Sudah beberapa minggu hari tidak hujan. Dedaun kaca tingkap di bilik asrama itu hampir semuanya terbuka luas bersama kipas yang dipasang pada paras kelajuan maksima.

Mimpi itu datang lagi. Bayangan yang sama, seorang wanita. Cahaya terang di belakang wanita yang berbaju nipis putih itu menyukarkan Yana untuk melihat wajah wanita itu. Dia hanya dapat melihat susuk tubuh yang berbayang di sebalik jubah putih itu.

Ini bukan kali pertama dia bermimpi seperti itu. Setiap kali wanita itu muncul dalam mimpinya, ia seperti satu siri yang bersambung. Mimpi itu bermula apabila Yana melihat susuk tubuh wanita berjubah putih nipis di atas bukit. Selang beberapa hari kemudian, dia melihat wanita itu menuju ke arah dirinya. Kali ini wanita itu semakin hampir. Dalam silau cahaya yang membelakanginya, Yana dapat melihat sedikit wajah wanita itu walaupun masih kurang jelas.

‘Siapa wanita itu? Adakah aku kenal dia? Kenapa aku rasa seperti aku biasa melihat wajah itu? Mungkinkah dia seseorang yang aku kenal, atau dia pernah berkunjung dalam mimpi tanpa aku sedari? Kenapa aku diganggu mimpi yang hampir sama keadaannya? Apa yang dia mahu? Apakah maksud semua ini?’

Soalan demi soalan menujah benak Yana. Peluh dingin memercik di dahinya, seperti embun dinihari yang menitip di atas dedaunan. Setelah kantuknya hilang, dia hanya mampu duduk sambil memeluk lututnya di atas katil double decker dalam samar cahaya bulan diiringi alunan orkestra cengkerik di luar.

Tentang

Misteri Mimpi Yana adalah sebuah novel yang menggunakan teknik novel interaktif.

Interaktif bermaksud ada pilihan yang boleh dibuat oleh pembaca untuk menentukan penghujung cerita yang berbeza berdasarkan pilihan yang dibuat.

Ketebalan: 366 m/s

Saiz: 22.5 cm x 15cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Misteri Mimpi Yana”

Your email address will not be published. Required fields are marked *