Posts Tagged ‘bahasa melayu’

Kredit gambar: Free Malaysia Today

Kedudukan Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan perlu seiring dengan perilaku kerajaan pegawai tinggi dan menteri-menterinya. Baru-baru ini tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Mandarin. Hari ini pula (Rabu 4 Julai) kita dihidangkan berita orang ramai mendesak peguam dan mahkamah negara untuk perbicaraan bekas perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam bahasa melayu bukan di dalam bahasa inggeris, perkara ini adalah tidak manis dan tidak seharusnya dilakukan oleh pegawai tinggi kerajaan.

Ini bukan soal perkauman atau soal ketuanan Melayu, sebaliknya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu seharusnya menjadi bahasa rasmi dalam menyampaikan maklumat kerajaan. Bahkan di negara luar, contohnya di UK, Datuk Bandar London yang berketurunan dari Pakistan, Sadiq Khan, tidak menggunakan Bahasa Urdu dalam menyampaikan maklumat rasmi walaupun beliau seorang dari keturunan Pakistan dan ada ramai juga orang keturunan Pakistan di UK. Bahasa rasmi di UK ialah bahasa Inggeris, maka dia menyampaikan juga dalam bahasa Inggeris. Ini bukan soal keturunan atau kaum, ini soal bahasa rasmi negara.

Tidakkah pelik jika perbicaraan mahkamah Jerman yang melibatkan rakyat Jerman dibicara dalam bahasa Inggeris, berita di televisyen atau surat khabar ditutur dan ditulis dalam bahasa Afrika walau berjuta rakyat Amerika berketurunan Afrika-Amerika yang hidup bersama sejak berpuluh tahun dahulu?

Kredit gambar: Utusan Malaysia

Darah nasionalis anda menggelegak marah sambil berdialog “wah rasa seperti di Dhaka” memerli apabila sesuatu kawasan itu penuh dengan pekerja warga asing dari Bangladesh, tetapi anda tidak marah untuk orang yang berkerakyatan Malaysia, tinggal di Malaysia berbicara sesama rakyat Malaysia bertutur dalam bahasa Inggeris?

Rakyat Malaysia tidak mengira bangsa seharusnya tidak mempunyai masalah dalam memahami bahasa Melayu, kerana ia bukan sahaja asas dalam pendidikan negara, tetapi ia sudah menjadi lingua franca sejak zaman Kedah Tua, iaitu 1,100 tahun sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w., seperti yang tertulis dalam buku Rentaka Sekalian Bijasura dan Kursani Segenap Bimasakti tulisan Cik Srikandi.

Mendaulatkan bahasa kebangsaan bukanlah sikap rasis atau sikap mahu merendahkan bahasa lain, tetapi ia adalah sebahagian daripada menjunjung Perlembagaan yang menjadi batu asas kewujudan negara ini.

Semoga segala khilaf dan silap ini dapat menjadi pengajaran buat kerajaan baru kita kerana isu-isu sensitif ini mudah menggeselkan perselisihan faham antara kaum dan jika tidak dilayan dengan baik, dikhuatiri buruk padahnya. Kita juga tidak seharusnya terus menghukum setiap satu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang seperti mereka melakukan dosa yang amat besar seperti mengambil wang rakyat berbillion ringgit untuk menyara kos lemari pakaian isterinya, jadilah pengkritik yang mempunyai kelas tinggi, tidak melibatkan hal perkauman, agama dan parti politik.

Rentaka Sekalian Bijasura [Edisi 2018]. Klik disini untuk tempahan!

Jika ingin mengatakan rakyat Malaysia masih lagi baru dan belum matang, tidak seperti di negara lain di mana rakyat mereka berbilang kaum hidup bersama, bertutur dan mengunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa kebangsaan mereka seperti yang berlaku di Amerika, Portugis, Belanda dan Brazil. Mungkin ini masanya, kita mengkaji apakah kegunaan bahasa kebangsaan yang wujud di setiap negara, bahasa sepatutnya mewujudkan persefahaman, mewakili persepakatan sesuatu negara, tetapi kita masih berdebat bahasa apa yang harus digunakan untuk pertuturan.

Kursani Segenap Bimasakti. Klik untuk tempahan!

Oleh itu mulakanlah dengan mempelajari dan mencari ilmu sejarah peradaban di negara kita. Sejarah negara kita bukan sahaja sejarah Jepun menjajah Tanah Melayu, Portugis menyerang Melaka dan Hang Jebat durhaka kepada raja, ianya lebih lagi. Sejarah kita sezaman dengan kerajaan Rom dan Yunani, senjata canggih, taktik perang, alatan pertukangan, falsafah dan sebagainya yang berusia 1,100 tahun peninggalan purba.