Posts Tagged ‘eropah’

Kredit gambar: People.com

Semenjak Ustaz Auni bercerita tentang teknologi High-Frequency Active Auroral Program (HAARP) yang videonya tersebar di media sosial, semakin ramai bercerita tentang teknologi ini yang dikaitkan dengan pemanasan global serta cuaca yang tidak menentu yang berlaku di atas bumi sekarang. Dikatakan agen-agen Illuminati dalam agenda New World Order mereka cuba menguasai cuaca dengan membina teknologi yang sebegini canggih, untuk memastikan umat manusia tunduk kepada mereka.

Cerita tentang HAARP dan Illuminati ada dicatatkan dalam dua cerita epik yang sering dibaca di Wattpad (Sang Arjuna dan Gerobok), dan cerita tentang sebegini memang seronok kalau kita dengar secara fiksyen. Namun, pemahaman sejarah yang cetek disamping pengetahuan sains yang memang ke laut (dalam hal bercerita tentang HAARP), serta masyarakat kita yang senang percaya dengan manusia yang berkopiah dan berserban yang suka self-proclaim diri mereka sebagai ‘ustaz’, menyebabkan cerita teori konspirasi tentang Illuminati ini tersebar bak api yang membara.

Jadi, apakah itu Illuminati dan siapa sebenarnya mereka? Mari kita rungkaikan dengan fakta sejarah.

Era Enlightenment dan Revolusi (1715-1789)

Masyarakat Barat telah dicengkam oleh gereja sejak kejatuhan empayar Rom pada abad ke-5 Masehi, dan Rom terbahagi kepada dua, iaitu Byzantine di sebelah timur, dan Rom di sebelah barat. Dengan populasi yang makin menurun akibat penularan penyakit, konflik serta pertanian yang tidak berapa menjadi, empayar Rom berpecah kepada beberapa wilayah kecil yang sering berkonflik.

Selama satu alaf (millennium), benua ini hidup dalam kegelapan dan dicengkam oleh kemunduran, ditambah pula dengan serangan wabak Black Death yang meragut satu pertiga penduduk Eropah pada 1340an, kemudian pada abad berikutnya menyaksikan penguasaan gereja Katolik melalui falsafah seperti Thomas Aquinas, puisi Dante, pengembaraan Marco Polo dan lukisan seperti dari Giotto, sebelum pada abad berikutnya apabila pengembara dari Sepanyol dan Portugal mengembara ke luar, seperti Christopher Columbus dan Vasco da Gama untuk memulakan era imperialisme Eropah.

Pada 1600an, Belanda menjadi pusat penemuan saintifik yang terunggul dan mula membuka empayarnya di kepulauan Carribean, India dan Asia Tenggara melalui Syarikat Hindia Belanda (VoC), menyebabkan negara-negara Eropah yang lain turut berlumba-lumba mencari tanah jajahan.

Tetapi gereja Katolik masih lagi mencengkam kehidupan kebanyakan warga Eropah, menyebabkan sekumpulan lelaki dari Bavaria, yang diketuai oleh Adam Weisphaut, dan golongan-golongan bangsawan dan intelektual Eropah seperti Johann Wolfgang von Goethe dan Xavier von Zwack menubuhkan persatuan rahsia yang bernama Illuminati – berasal dari perkataan Latin, illuminatus – iaitu pencerahan. Golongan ini yang berasal dari keturunan Knight of Templar, golongan yang bersama Pope ratusan tahun sebelumnya, terasa dikhianati gereja kerana Pope Clement V membubarkan dan menamatkan khidmat mereka atas tekanan Raja Phillip IV dari Perancis.

Tujuan mereka ialah mahu membebaskan pemikiran warga Bavaria daripada cengkaman gereja Katolik, dan seterusnya membawa masyarakat yang sekular dan saintifik, dan menolak segala kepercayaan tahyul yang membelenggu masyarakat.

Revolusi Amerika dan Perancis (1776-1789)

Dengan falsafah dari Goethe, wang yang banyak dari von Brunswick yang membuka kawasan di Amerika Utara, idea-idea radikal daripada falsafah liberalisme mula tersebar di benua Amerika, dan mempengaruhi pemimpin revolusi Amerika, George Washington. Washington menggunakan idea-idea yang dibawa oleh Illuminati untuk mengasaskan negara Amerika Syarikat yang baru, yang menentang penjajahan Britain. Idea-idea Goethe, Jean-Jacques Rousseau serta John Locke mempengaruhi pemikir seperti Thomas Jefferson dan John Adams mengasaskan negara baru itu.

Di Perancis pula, pihak Illuminati melihat situasi semasa di sana menggalakkan orang ramai untuk bangkit menggulingkan Raja Louis XVI. Dikatakan juga ini berkait dengan dendam selama 477 tahun sejak kumpulan Knight of Templar dibubar dan dihukum selepas hasutan Raja Phillip kepada Pope Clement V. Sikap Raja Louis XVI yang suka bermewah-mewah dan tidak peduli kepada kesakitan hidup rakyat, menyebabkan pada 14 Julai, 1789 – rempuhan rakyat Perancis membebaskan tahanan politik di penjara Bastille – seterusnya mencetuskan Revolusi Perancis.

Konspirasi

Penyertaan pakar saintis, pemikir serta golongan bangsawan Jerman dalam Illuminati, yang terpengaruh dari ajaran Reformation Martin Luther, mula membimbangkan Pope Pius VI. Di Perancis, patung Pope dibakar dalam Revolusi Perancis, dan golongan dalam gereja Vatican mula mengesyaki gerakan rahsia ini berakar umbi daripada Knight of Templar yang masih menyimpan dendam tentang apa yang berlaku pada 1312 dulu.

Selepas Napoleon Bornaparte menguasai Eropah pada 1804 hinggalah tumbangnya beliau menerusi perang Waterloo pada tahun 1815, Eropah terus bergolak dan menyebabkan wilayah-wilayah dalam jajahan Vatican mula membebaskan diri dan menyertai gerakan penyatuan Itali (La Risorgimento), menyebabkan fahaman ini mula ditakuti oleh gereja Katolik.

Pun begitu, ada yang mengatakan gerakan Illuminati yang asal telahpun tamat pada 1785 – setahun selepas Revolusi Perancis, pemerintah Bavaria, Karl Theodor mengharamkan gerakan ini. Rumah von Zwack disita, Adam Weisphaut melarikan diri bersama fail dan dokumen ke tempat yang tidak diketahui (disyaki Amerika Syarikat, negara yang diasaskan dengan prinsipal Illuminati).

Hari ini, Illuminati menjadi topik hangat kerana mereka sering dilihat seperti ‘the hidden hand’ dalam situasi politik semasa. Maka dengan itu tidak terkejutlah jika pusat kajian ionografi HAARP dilihat sebagai agenda mereka menguasai dunia melalui perubahan cuaca. Hakikatnya HAARP cuma mengkaji perubahan cuaca, bukan punca kepada perubahan cuaca.

Illuminati juga dikaitkan dengan mengawal ekonomi dan harga barang, menerusi konflik dan kemelesetan ekonomi. Tapi jangan terkejut jika saya beritahu anda, bahawa anda juga boleh menyertai gerakan Illuminati – dan anda boleh mengawal harga buku Write and Brave dengan menyertai ahli Honour of Bravers kami.

Dengan menjadi ahli Honour of Bravers kami, anda boleh mendapatkan buku-buku terbitan kami dengan harga diskaun yang hanya ditawarkan kepada ahli-ahli, disamping beberapa lagi buku-buku terbitan rahsia kami.

😛