Posts Tagged ‘mental illness’

8 Tanda Anda Menghadapi Depresi Tidak Sedar (Subconscious Depression)

Setiap hari apabila anda bangun pagi, terasa kepala anda berat untuk bangun dari bantal, dan merasakan hari ini seperti semalam – sama, tidak ada perubahan dan mula merasakan apa yang dibuat selama ini seperti tidak dihargai, atau sia-sia. Apabila anda di tempat kerja, anda tidak merasakan anda dalam keadaan tertekan, tetapi apa yang anda rasa secara tidak sedar, anda rasa apa yang anda buat sebenarnya bukan apa yang anda ingin lakukan.

Ini bermakna anda sedang menghadapi depresi tidak sedar, atau subconscious depression. Ia adalah sesuatu yang terletak jauh dalam minda kita, yang tidak kita jangka kita sedang menghadapinya. Ia bagai bom jangka yang bakal meletus jika ia tidak dirawat sepenuhnya.

Jadi, apakah 8 tanda tersebut?

1. Anda merasakan diri anda tidak berguna, tidak ada harapan, dan tidak ada maknanya lagi.

Anda tidak lagi merasakan apa-apa makna dalam hidup anda lagi. Anda mula memikirkan semua perkara sebagai tiada ada gunanya lagi. Anda mula merasakan malas, atau kecewa dengan apa yang berlaku di sekeliling anda. Anda mula tidak lagi ada motivasi untuk melakukan perkara asas seperti mengemaskan diri.

2. Anda mula rasa cepat marah.

Anda mula rasa cepat marah atas perkara yang kecil atau remeh. Anda sedar tentang perkara tersebut terlalu remeh untuk dimarahkan, tetapi anda tidak dapat mengelak perkara tersebut daripada membuatkan anda marah. Terlalu mudah untuk tidak berpuas hati.

3. Anda tidak lagi menikmati perkara yang anda seronok untuk lakukan.

Perkara yang membuatkan anda seronok untuk lakukan tidak lagi kelihatan seperti dulu, sebaliknya anda merasakan anda terpaksa lakukan demi memuaskan hati anda. Namun, anda rasa tidak berpuas hati lalu merasakan kemarahan, dan menyebabkan anda rasa anda sudah kehilangan apa yang anda rasa seronok selama ini. Hobi atau sukan yang anda gemari selama ini, anda akan cuba elak daripada melakukannya – kerana anda mulai rasa bosan.

4. Anda mudah merasa penat dan hilang fokus.

Anda tidak lagi mempunyai daya fokus seperti dulu, dan cepat rasa penat kerana anda rasa terpaksa dalam semua perkara. Anda mungkin rasa tidak mahu ke tempat kerja atau tidak mahu bangun tidur walaupun anda sudahpun bangun beberapa jam yang lalu. Di tempat kerja, anda tidak dapat mendengar atau melihat arahan kerja kerana anda memikirkan bilakah mahu habis kerja, kerana anda mula merasa penat.

5. Perubahan diet: sama ada makan sikit, atau makan banyak.

Anda mula senang merasa lapar untuk makan, atau hilang selera makan. Ini kerana otak tidak lagi berfungsi dengan sempurna, menyebabkan isyarat dari otak tidak lagi menunjukkan perkara yang sebenar. Anda mungkin mudah merasa lapar untuk makan, padahal anda sudahpun makan setengah jam yang lalu. Konsep waktu makan pun sudah tidak ada dalam fikiran kerana waktu tidak bergerak seiring dengan apa yang dirasakan.

6. Perubahan waktu tidur: sama ada tak boleh tidur, atau tidur yang terlalu lama.

Anda mula merasakan waktu tidur anda terganggu kerana anda tidak boleh tidur di waktu tidur, kerana terlalu memikirkan tentang betapa tidak bergunanya anda dalam hidup ini. Anda tidur terlalu lama kerana fikiran anda terlalu letih walaupun fizikal anda sudah lama tidur.

7. Anda cepat lupa dan sukar membuat keputusan.

Kegagalan anda untuk membuat keputusan dan cepat lupa adalah petanda utama depresi tidak sedar.

8. Ada suara di dalam fikiran anda mahukan anda membunuh diri.

Perasaan tidak ada harapan, tiada motivasi dan kecewa ini, ditambah pula dengan tekanan membuatkan anda mula mendengar ‘suara halus’ dalam kepala anda yang mahu anda membunuh diri. Apabila pertahanan moral anda runtuh dan merasakan semua perkara tidak ada gunanya lagi, tinggal selangkah sahaja lagi untuk membunuh diri dan menamatkan semua ini.

Dapatkan buku novel tentang depresi serta skizofrenia iaitu Voice In My Head dengan hari ini. Buku ini antara buku Bahasa Inggeris yang terlaris dalam Write & Brave.