Posts Tagged ‘penjajahan’
Kredit gambar: Lonely Planet
Bagaimana teh membentuk kewujudan Hong Kong?
Satu petang ketika saya menikmati segelas teh o ais pada cuaca yang panas, saya sedang menonton sebuah drama Kantonis Hong Kong yang tersiar di televisyen.
Saya sememangnya menggemari filem-filem dan drama-drama Kantonis, yang kebanyakannya berasal dari Hong Kong.
Hong Kong merupakan sebuah bandaraya yang utama di Asia, dan pernah menjadi koloni Britain selama 156 tahun, sebelum diserahkan kepada China pada tahun 1997.
Tetapi bagaimana sebuah bandaraya yang hebat ini dibina oleh British di atas tanah penuh berbatu ini?
Jawapannya ada pada gelas yang saya sedang minum ini, teh.
Pada 1820an, ekonomi China adalah yang terbesar di dunia. Mereka mengeksport beras, tembikar, serbuk belerang dan banyak lagi bahan-bahan yang menjadi barang dagangan dunia. British, yang mula menjadi kuasa maritim selepas menewaskan tentera Napoleon Perancis pada Perang Waterloo pada 1815, mencari tapak di Asia untuk tujuan perdagangan.
Dan ramai rakyat Britain yang gilakan teh, dan kerana itu mereka mengimport teh dari China, memandangkan hanya China sahaja yang mampu mengeluarkan teh secara besar-besaran pada ketika itu. → Read more
Recent posts

Generasi-Generasi Di Malaysia Hari ini ramai dalam masyarakat kita yang...